KEMAS KINI PAPARAN POWER & BUFF

Kandungan pakej ini hanya menggantikan satu fail: map.bin.
Tiada userdata, akaun, watak, item atau tetapan pemain disertakan.

CARA PASANG
1. Tutup game dan launcher sepenuhnya.
2. Buka folder pemasangan game anda.
3. Buat salinan sandaran fail map.bin asal (contoh: map.bin.bak).
4. Extract kandungan arkib ini ke folder pemasangan game.
5. Benarkan map.bin ditindih (overwrite).
6. Jalankan launcher/game seperti biasa.

KEGUNAAN
- Membetulkan baris keterangan (tooltip) 14 power supaya sepadan dengan nilai
  sebenar pada server: 1007, 1010, 1015, 1023, 1032, 1127, 1130, 1147, 1148,
  1200, 1220 Rumble of Thunder, 1221 Core of Fire, 1223 The Preying Falcon,
  1224 Sheng Ling Stance 21.
  Sebelum ini beberapa power memaparkan "buff damage" yang server tidak beri,
  atau menyembunyikan damage yang sebenarnya ada.
- Membetulkan 14 nama kesan buff/debuff yang tersalah label dalam bar buff,
  untuk keempat-empat bahasa (contoh: "Healed" yang sebenarnya Attack +9%,
  "Slowed" yang sebenarnya Attack +10%, "Defense Buff" yang sebenarnya
  Attack +4%).
- Menambah rekod nama untuk dua kesan Razing Storm Kick yang sebelum ini
  kosong dalam bar buff.
- Menambah ikon untuk debuff Striking Nerve yang sebelum ini tidak kelihatan
  langsung.

- Mengemas kini One with Storm (Staff 26) kepada Rintangan Petir +10.
  Buff rintangan petir kini satu keluarga: One with Storm dan Storm's Glory
  saling menggantikan dan tidak lagi bertindan. Perubahan nilai ini dibuat
  pada server; pakej ini hanya menyelaraskan paparan tooltip dengannya.

Kecuali baris One with Storm di atas, semua perubahan lain adalah PAPARAN
sahaja. Pakej ini sendiri tidak mengubah apa-apa nilai pada server.

PENTING
- Gunakan hanya untuk client rasmi versi yang sama dengan server ini
  (Lagenda Setiawan Online v1.0.20).
- Pakej ini dibina di atas map.bin daripada muat turun penuh v1.0.20.
  Perubahan item (Essence, Kirin, pedang) dalam v1.0.20 dikekalkan sepenuhnya.
- Jika game tidak dapat dibuka, pulihkan semula map.bin.bak dan hubungi admin.
- Semak SHA256 fail map.bin selepas extract menggunakan SHA256SUMS.txt.
